Masalah WiFi

By sofyan



Laporan : Effi Saharudin

JINJANG: Persatuan Pemilik Kafe Saiber Selangor (PPKSS) hari ini menggesa kerajaan memantau jumlah kawasan WIFI percuma sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Ini adalah kerana menurut mereka, semenjak terdapatnya banyak kawasan WIFI percuma perniagaan kafe saiber mereka terjejas teruk. Salah seorang ahli PPKSS yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Beng berkata;

“Dulu bulak latang kedai saya hali-hali main DOTA sama Counter Strike. Sekarang ah.. budak talak latang lagi kidai saya. Diolang sumua ada laptop main sana McDonald sama kedai mamak. Talak perlu bayar mau pakai internet. Sikalang kidai saya talak student ponteng mali main game. Kalau macam ini ah, wa gulung tilam bulan depan lor!”

Encik Beng juga menambah bahawa beliau mungkin terpaksa memulakan bisnes mesin judi haram dan penjualan VCD sekiranya perniagaan cafe saibernya lingkup. Metroll difahamkan terdapat lebih 5000 kafe saiber di sekitar Selangor dan semunya dilaporkan mengalami kerugian semenjak kedai-kedai makan mula memberikan khidmat WIFI secara percuma. Sementara seorang remaja yang kami temuramah ketika sedang asyik bermain DOTA di sebuah kedai mamak berkata;

“Saya dulu selalu pergi ke CC untuk bermain secara online. Tapi sejak CC asyik kena serbu saya tak berani pergi lagi. Serik bang lepas kena tali pinggang abah saya. Lagipun kalau main di CC mahal. Satu jam 2 ringgit. Kalau pergi mamak saya bawak laptop sendiri, order teh tarik dah boleh lepak sampai bila-bila. Lagipun kalau lapar saya boleh makan sekali. Dekat CC mana boleh order makanan panas. Zaman abang dulu ada la makan-makan dalam “kafe” saiber. Sekarang nama je "kafe" tapi air pun tak jual!”

This post has been edited by soundsyst64: Jan 15 2010, 04:50 PM
 

0 comments so far.

Something to say?